empty
 
 
24.01.2022 09:07 AM
EUR/USD: Pelan dagangan untuk sesi Eropah pada 24 Januari. Laporan COT. Penurunan harga mensasarkan angka ke-13

Untuk membuka pesanan membeli pasangan mata wang EUR/USD, anda perlu

Pada Jumaat lalu, beberapa peluang untuk kemasukan pesanan ke dalam pasaran yang sangat baik telah dibentuk. Mari kita lihat carta 5 minit dan menghuraikan apa sebenarnya yang telah berlaku. Dalam ramalan saya di sebelah pagi, saya memberi perhatian kepada tahap 1.1340 dan menasihatkan anda membuat keputusan daripadanya. Kekurangan laporan statistik penting pada separuh pertama hari itu tidak membenarkan kenaikan harga euro meningkat di atas tahap 1.1340. Akibatnya, penembusan harga palsu telah terbentuk dan isyarat untuk pesanan menjual euro diperhatikan. Maka pergerakan menurun adalah sekitar 15 mata, selepas itu permintaan untuk euro kembali dan kenaikan harga berjaya melepasi tahap 1.1340. Data yang baik mengenai indikator keyakinan pengguna di zon Eropah dan ujian harga 1.1340 dari atas ke bawah semasa sesi dagangan AS membawa kepada isyarat untuk kemasukan pesanan membeli euro. Pergerakan menaik adalah sekitar 15 mata, selepas itu inisiatif kenaikan harga tamat.

This image is no longer relevant

Semasa sesi dagangan Asia, dagangan sekali lagi bergerak di bawah tahap 1.1337 dan kini ia sebahagian besarnya bergantung kepada statistik fundamental untuk zon Eropah. Tugas utama pasangan mata wang EUR/USD ini adalah untuk melindungi tahap sokongan 1.1303, yang kini bertindak sebagai sempadan bawah sejenis saluran mendatar di mana pasangan mata wang ini boleh menghabiskan keseluruhan separuh pertama minggu ini sebelum pengumuman keputusan mesyuarat dasar monetari Rizab Persekutuan . Membentuk penembusan palsu pada tahap 1.1303 boleh membawa kepada mewujudkan isyarat untuk kemasukan pesanan membeli euro, tetapi pembetulan menaik yang lebih besar akan berlaku hanya sekiranya kita menerima data yang baik pada indeks aktiviti perniagaan dalam sektor pembuatan, indeks aktiviti perniagaan dalam sektor perkhidmatan dan indeks PMI komposit Jerman, Perancis dan zon Eropah. Tugas yang sama pentingnya ialah untuk menembusi tahap 1.1337 - tahap yang dilepaskan pada sesi Asia hari ini. Kawasan ini adalah sejenis pertengahan saluran mendatar, di mana, sebagai tambahan, Moving Average (MA) yang mengehadkan potensi menaik pasangan mata wang ini juga telah dilepasi. Ujian terbalik pada julat ini dari atas akan membawa kepada isyarat untuk kemasukan pesanan membeli yang lain dan membuka kemungkinan pemulihan harga ke kawasan: 1.1368 dan 1.1398, di mana saya mengesyorkan anda untuk mengambil keuntungan. Sasaran yang lebih jauh dilihat berada pada tahap 1.1425. Penurunan pasangan mata wang ini semasa sesi dagangan Eropah dan ketiadaan aktiviti kenaikan harga pada tahap 1.1303, tekanan ke atas euro mungkin meningkat dengan serius. Dalam kes ini, adalah yang lebih baik untuk menangguhkan kemasukan pesanan membeli ke tahap rendah baru 1.1273. Walau bagaimanapun, saya menasihatkan anda untuk membuka pesanan membeli di sana apabila harga membentuk penembusan palsu. Dari tahap 1.1248 dan 1.1224, anda boleh membeli pasangan mata wang EUR/USD serta-merta pada lantunan harga, dengan mengandaikan pembetulan menaik sebanyak 20-25 mata dalam sehari.

Untuk membuka pesanan menjual pasangan mata wang EUR/USD, anda perlu;

Aliran menurun dilihat terus mengawal pasaran tanpa mengambil kira semua percubaan oleh kenaikan harga untuk mengembalikan arah aliran menaik. Fakta bahawa penurunan harga pada hari Jumaat tidak membenarkan tahap tinggi Khamis dikemas kini sekaligus menunjukkan kesinambungan pembetulan menurun untuk pasangan mata wang ini, yang hanya boleh meningkat sekiranya kami menerima data mengecewakan di zon Eropah pada hari ini. Satu tugas penting adalah untuk melindungi tahap rintangan 1.1337, di kawasan yang terdapat Moving Average (MA) yang memihak kepada penurunan harga. Pembentukan penembusan harga palsu pada tahap ini akan mengembalikan tekanan kepada pasaran dan menghasilkan titik kemasukan pertama ke pesanan menjual dengan sasaran untuk menolak pasangan mata wang EUR/USD ke kawasan 1.1303. Penembusan dan ujian harga dari bawah ke atas julat ini akan memberikan isyarat lain untuk membuka pesanan menjual dengan prospek penurunan harga ke tahap rendah baharu: 1.1273 dan 1.1248. Sasaran yang selanjutnya dilihat terletak di kawasan 1.1224, di mana saya mengesyorkan anda untuk mengambil keuntungan. Walau bagaimanapun, tahap ini akan dicapai sekiranya berlaku penjualan panik aset berisiko, yang boleh berlaku dengan mudah dengan peningkatan perbincangan berkaitan tindakan lanjut Rizab Persekutuan berhubung dengan kadar faedah. Jika euro meningkat dan tiada penurunan harga pada tahap 1.1337, dan terdapat kemungkinan bahawa aktiviti dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan di negara zon Eropah akan menjadi sedikit lebih baik berbanding ramalan ahli ekonomi, maka adalah lebih baik untuk tidak tergesa-gesa membuka pesanan menjual. Senario optimum adalah membuka pesanan menjual apabila pasangan mata wang ini membentuk penembusan harga palsu di sekitar tahap 1.1368. Anda boleh menjual pasangan mata wang EUR/USD serta-merta untuk lantunan semula harga daripada tahap 1.1398, atau lebih tinggi lagi - sekitar 1.1425, dengan mengandaikan pembetulan menurun sebanyak 15-20 mata.

This image is no longer relevant

Saya mencadangkan untuk semakan:

Laporan Komitmen Pedagang COT) untuk 11 Januari telah mendedahkan bahawa pesanan membeli telah meningkat manakala pesanan menjual merosot, yang membawa kepada perubahan dalam nilai negatif delta kepada positif. Pasaran berubah secara beransur-ansur dan permintaan untuk mata wang Eropah, walaupun berlakuperubahan yang dijangkakan dalam dasar Rizab Persekutuan, ia tidak hilang. Data inflasi AS yang dikeluarkan pada minggu lalu tidak memberi kesan kepada pedagang, kerana hasilnya hampir sepenuhnya bertepatan dengan jangkaan ahli ekonomi. Berlatar belakangkan perkara ini, Pengerusi Fed Jerome Powell bercakap dengan agak tenang mengenai kadar faedah untuk masa hadapan sewaktu kebanyakan pedagang menjangkakan dasar yang lebih agresif daripada bank pusat. Pada masa ini, tiga kenaikan diunjurkan tahun ini dan yang pertama akan berlaku pada Mac tahun ini. Penurunan mendadak dalam perdagangan runcit di Amerika Syarikat pada Disember tahun ini juga membolehkan Fed tidak memaksa acara. Sementara itu, Bank Pusat Eropah merancang untuk menyelesaikan sepenuhnya program pembelian bon kecemasannya pada Mac tahun ini. Walau bagaimanapun, bank pusat tidak akan mengambil sebarang tindakan lain yang bertujuan untuk mengetatkan polisinya, yang mengehadkan potensi aset berisiko meningkat. Laporan COT menunjukkan pesanan membeli bukan komersil meningkat daripada paras 199,073 kepada paras 204,361, manakala pesanan menjual bukan komersial jatuh daripada paras 200,627 kepada paras 198,356. Ini menunjukkan bahawa pedagang akan terus meningkatkan pesanan membeli pada euro untuk membentuk arah aliran menaik untuk pasangan mata wang ini. Pada penghujung minggu, jumlah pesanan bersih bukan komersial menjadi positif dan mencapai paras 6005 berbanding -1554. Penutupan harga mingguan sedikit menaik kepada 1.1330 berbanding 1.1302 seminggu sebelumnya.

Isyarat indikator:

Pasangan mata wang EUR/USD kini diniagakan di bawah Moving Average (MA) 30 dan 50, yang menunjukkan kesinambungan penurunan euro yang selanjutnya dalam jangka pendek.

Moving averages

Tempoh dan harga pada Moving Average dipertimbangkan oleh pengarang pada carta masa 1 Jam (H1) dan berbeza dengan definisi umum bagi classic daily moving averages pada carta Harian (D1).

Bollinger Bands

Penembusan harga pada indikator di kawasan 1.1326 akan membawa kepada penurunan harga yang lebih besar dalam euro. Penembusan harga pada sempadan atas indikator di kawasan 1.1355 akan mengukuhkan permintaan untuk pasangan mata wang ini.

Huraian Indikator:

  • Moving average (moving average, menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise). Tempoh 50. Grafik ditandakan dengan warna kuning.
  • Moving average (Moving averge menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise).Tempoh 30.Grafik ditandakan dengan warna hijau
  • Indikator MACD (Moving average Penumpuan/Penolakan - Moving average Penumpuan/Penolakan).Tempoh Cepat EMA 12. Tempoh Perlahan EMA 26. Tempoh SMA 9
  • Bollinger Bands (Bollinger Bands). Tempoh 20
  • Pedagang bukan keuntungan adalah spekulator, seperti peniaga individu, dana lindung nilai dan institusi besar yang menggunakan pasaran niaga hadapan untuk tujuan spekulasi dan memenuhi syarat tertentu
  • Pesanan membeli bukan keuntungan mewakili pesanan membeli terbuka pedagang bukan keuntungan
  • Pesanan menjual bukan keuntungan mewakili pesanan menjual terbuka pedagang bukan keuntungan
  • Keseluruhan pesanan bersih bukan komersial adalah perbezaan antara pesanan menjual dan membeli pedagang bukan komersial.
Jana pendapatan melalui perubahan kadar mata wang kripto dengan InstaForex.
Muat turun MetaTrader 4 dan buka dagangan pertama anda.
  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $6000 lebih lagi!
    Dalam Diseember kami membuat cabutan bertuah $6000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 100%
    Peluang istimewa anda untuk menerima bonus 100% pada deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 55%
    Dapatkan bonus 55% pada setiap deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS

Artikel yang dicadangkan

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget