empty
 
 
24.01.2022 01:34 PM
EUR/USD: Pelan dagangan untuk sesi Amerika pada 24 Januari (analisis tawaran dagangan pagi). Pembeli Euro gagal menembusi di atas tahap 1.1337

Untuk membuka pesanan membeli pasangan mata wang EUR/USD, anda perlu:

Dalam ramalan saya di sebelah pagi, saya telah memberikan perhatian kepada tahap 1.1337 dan mengesyorkan pedagang untuk membuat keputusan memasuki pasaran daripadanya. Mari kita lihat carta 5 minit dan menghuraikan apa sebenarnya yang berlaku. Data penting mengenai aktiviti dalam sektor perkhidmatan dan sektor pembuatan negara zon Eropah ternyata agak pelbagai. Bagaimanapun, indeks komposit keseluruhan untuk zon Eropah merosot pada Januari tahun ini, yang tidak membenarkan pembeli melepasi tahap rintangan 1.1337 walaupun dengan latar belakang data kukuh mengenai aktiviti dalam ekonomi Jerman. Penembusan harga palsu pada tahap 1.1337 telah membawa kepada isyarat penjualan euro, namun sewaktu penulisan artikel, tiada juga penurunan harga yang ketara diperhatikan. Pergerakan menurun adalah sekitar 15 mata dari titik kemasukan pesanan. Dari sudut teknikal, tiada apa yang berubah untuk petang itu. Dan apakah titik kemasukan pesanan yang ada pada pagi ini?

This image is no longer relevant

Pedagang diramal akan menunggu laporan mengenai ekonomi Amerika kerana ia berkemungkinan akan membantu menjelaskan sedikit keadaan dalam bentuk ekonomi Amerika pada awal tahun ini. Tugas utama pembeli euro adalah untuk melindungi tahap sokongan 1.1303, yang bertindak sebagai sempadan bawah saluran mendatar di mana pasangan mata wang ini boleh menghabiskan keseluruhan separuh pertama minggu ini sebelum penerbitan keputusan mesyuarat dasar monetari Rizab Persekutuan. Pembentukan penembusan harga palsu pada tahap 1.1303 akan membentuk isyarat untuk kemasukan pesanan membeli euro, tetapi satu lagi pembetulan menaik yang lebih besar akan berlaku hanya dalam kes data yang lemah pada indeks aktiviti perniagaan dalam sektor pembuatan, indeks aktiviti perniagaan dalam sektor perkhidmatan dan indeks komposit PMI AS. Tidak mungkin laporan itu akan mengecewakan pedagang, jadi saya menasihati anda untuk membuka pesanan pembelian euro dengan berhati-hati. Tugas yang sama penting untuk pembeli kekal dengan penembusan harga pada tahap 1.1337 - tidak mungkin untuk melepasi julat ini pada separuh pertama hari itu. Kawasan ini adalah sejenis bahagian tengah saluran mendatar, di mana, antara lain, Moving Average telah melepasi, mengehadkan potensi menaik pasangan mata wang ini. Ujian terbalik julat ini dari atas akan membawa kepada isyarat pembelian tambahan dan membuka kemungkinan pemulihan ke kawasan: 1.1368 dan 1.1398, di mana saya mengesyorkan para pedagang untuk menetapkan keuntungan. Sasaran yang selanjutnya terletak pada tahap 1.1425. Penurunan pasangan mata wang ini semasa sesi dagangan Amerika dan ketiadaan aktiviti menaik pada tahap 1.1303, tekanan ke atas euro mungkin akan meningkat dengan ketara. Dalam kes ini, adalah lebih baik untuk menangguhkan pembelian ke tahap rendah baharu 1.1273. Walau bagaimanapun, saya menasihati anda untuk membuka pesanan membeli di sana apabila terdapat pembentukan penembusan harga palsu. Dari tahap 1.1248 dan 1.1224, anda boleh membuka pesanan membeli pasangan mata wang EUR/USD serta-merta untuk lantunan semula dengan mensasarkan pembetulan menaik sebanyak 20-25 mata dalam sehari.

Untuk membuka pesanan menjual pasangan mata wang EUR/USD, anda perlu:

Penjual berhasil mempertahankan tahap rintangan 1.1337 pada hari ini, tetapi kekurangan pergerakan aktif euro ke arah bawah membuktikan kedudukan tunggu dan lihat bahawa penurunan harga itu diambil sebelum mesyuarat dua hari Rizab Persekutuan mengenai dasar monetari. Walaupun dagangan akan dijalankan di bawah julat ini, anda boleh mengharapkan penurunan ke pangkal angka ke-13. Pembentukan tambahan penembusan harga palsu pada tahap 1.1337 akan mengesahkan kehadiran pemain besar dalam pasaran yang menjangkakan euro akan jatuh dalam jangka pendek. Penembusan dan ujian harga menurun ke atas tahap 1.1303 akan menghasilkan isyarat tambahan untuk membuka pesanan menjual dengan prospek untuk mencapai tahap rendah baharu: 1.1273 dan 1.1248. Sasaran yang selanjutnya adalah pada tahap 1.1224, di mana saya mengesyorkan kepada para pedagang untuk menetapkan keuntungan. Walau bagaimanapun, tahap ini akan dicapai sekiranya berlaku penjualan panik aset berisiko, yang boleh berlaku dengan mudah dengan peningkatan perbincangan berkaitan tindakan lanjut Sistem Rizab Persekutuan mengenai kadar faedah. Data kukuh mengenai aktiviti di AS juga akan menjadi alasan yang baik untuk membuka pesanan menjual pada pasangan mata wang EUR/USD. Sekiranya berlaku pertumbuhan semula euro dan ketiadaan aktiviti penurunan pada tahap 1.1337, senario optimum adalah membuka pesanan menjual apabila terdapat pembentukan penembusan harga palsu di kawasan 1.1368. Anda juga boleh menjual pasangan mata wang EUR/USD serta-merta untuk lantunan semula harga daripada tahap 1.1398, atau lebih tinggi lagi - sekitar 1.1425 dengan mensasarkan pembetulan menurun sebanyak 15-20 mata.

This image is no longer relevant

Laporan COT (Komitmen Pedagang) untuk 11 Januari mencatatkan peningkatan dalam pesanan membeli dan penurunan dalam pesanan menjual, yang membawa kepada perubahan dalam nilai negatif delta kepada positif. Pasaran berubah secara beransur-ansur dan permintaan untuk mata wang Eropah, walaupun perubahan yang dijangkakan dalam dasar Sistem Rizab Persekutuan, tidak hilang. Data inflasi AS yang talah dikeluarkan pada minggu lalu tidak memberi kesan kepada peniaga, kerana hasilnya hampir sepenuhnya bertepatan dengan jangkaan ahli ekonomi. Berlatar belakangkan perkara ini, Pengerusi Fed Jerome Powell bercakap dengan agak tenang mengenai kadar faedah untuk masa hadapan sewaktu kebanyakan pedagang menjangkakan dasar yang lebih agresif daripada bank pusat. Pada masa ini, tiga kenaikan diunjurkan tahun ini dan yang pertama akan berlaku pada Mac tahun ini. Penurunan mendadak dalam perdagangan runcit di Amerika Syarikat pada Disember tahun ini juga membolehkan Fed tidak memaksa acara. Sementara itu, Bank Pusat Eropah merancang untuk menyelesaikan sepenuhnya program pembelian bon kecemasannya pada Mac tahun ini. Walau bagaimanapun, bank pusat tidak akan mengambil sebarang tindakan lain yang bertujuan untuk mengetatkan polisinya, yang mengehadkan potensi aset berisiko meningkat. Laporan COT menunjukkan pesanan membeli bukan komersil meningkat daripada paras 199,073 kepada paras 204,361, manakala pesanan menjual bukan komersial jatuh daripada paras 200,627 kepada paras 198,356. Ini menunjukkan bahawa pedagang akan terus meningkatkan pesanan membeli pada euro untuk membentuk arah aliran menaik untuk pasangan mata wang ini. Pada penghujung minggu, jumlah pesanan bersih bukan komersial menjadi positif dan mencapai paras 6005 berbanding -1554. Penutupan harga mingguan sedikit menaik kepada 1.1330 berbanding 1.1302 seminggu sebelumnya.

Isyarat indikator:

Moving average

Pasangan mata wang EUR/USD kini diniagakan di bawah Moving Average (MA) 30 dan 50, yang menunjukkan bahawa pasaran kekal di bawah kawalan penjual.

Nota: Tempoh dan harga pada Moving Average dipertimbangkan oleh pengarang pada carta masa 1 Jam (H1) dan berbeza dengan definisi umum bagi classic daily moving averages pada carta Harian (D1).

Bollinger Bands

Pertumbuhan harga akan dihadkan oleh sempadan atas indikator di kawasan 1.1350. Penembusan harga pada sempadan bawah di kawasan 1.1315 akan meningkatkan tekanan ke atas pasangan mata wang EUR/USD ini.

Huraian Indikator:

  • Moving average (moving average, menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise). Tempoh 50. Grafik ditandakan dengan warna kuning.
  • Moving average (Moving averge menentukan arah aliran semasa dengan melancarkan volatiliti dan noise).Tempoh 30.Grafik ditandakan dengan warna hijau
  • Indikator MACD (Moving average Penumpuan/Penolakan - Moving average Penumpuan/Penolakan).Tempoh Cepat EMA 12. Tempoh Perlahan EMA 26. Tempoh SMA 9
  • Bollinger Bands (Bollinger Bands). Tempoh 20
  • Pedagang bukan keuntungan adalah spekulator, seperti peniaga individu, dana lindung nilai dan institusi besar yang menggunakan pasaran niaga hadapan untuk tujuan spekulasi dan memenuhi syarat tertentu
  • Pesanan membeli bukan keuntungan mewakili pesanan membeli terbuka pedagang bukan keuntungan
  • Pesanan menjual bukan keuntungan mewakili pesanan menjual terbuka pedagang bukan keuntungan
  • Keseluruhan pesanan bersih bukan komersial adalah perbezaan antara pesanan menjual dan membeli pedagang bukan komersial..
Jana pendapatan melalui perubahan kadar mata wang kripto dengan InstaForex.
Muat turun MetaTrader 4 dan buka dagangan pertama anda.
  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $6000 lebih lagi!
    Dalam Diseember kami membuat cabutan bertuah $6000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 100%
    Peluang istimewa anda untuk menerima bonus 100% pada deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 55%
    Dapatkan bonus 55% pada setiap deposit anda
    DAPATKAN BONUS
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS

Artikel yang dicadangkan

Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget